Prinsip Capaian ingatan terus

DMA adalah satu ciri penting bagi kebanyakan komputer moden, untuk membolehkan perkakasan menghantar data tanpa perlu pergantungan dari CPU dan mengelakkannya dari beban berlebihan. Jika tidak, CPU terpaksa membuat salinan setiap cebisan data dari sumber ke destinasi. Jika ini berlaku, proses membuat salinan akan menjadi perlahan berbanding dengan proses membuat salinan secara blok kerana capaian ke I/O perkakasan akan perlahan disebabkan oleh sistem bas I/O yang lebih perlahan dari sistem RAM. Selain dari itu, juga CPU juga tidak dapat digunakan untuk membuat tugas yang lain.

Pemindahan DMA merupakan proses membuat salinan secara blok dari satu perkakasan ke perkakasan yang lain. Proses ini tidak boleh berlaku secara automatik dan memerlukan CPU untuk memacu pada permulaannya. Untuk sistem DMA dari "pihak ketiga", secara kebiasaanya menggunakan sistem bas ISA, dan proses pemindahan akan dilakukan oleh pengawal DMA (DMAC) di mana alat ini adalah sebahagian dari chipset papan induk. Terdapat sistem bas yang lebih laju seperti PCI yang pada kebiasaanya digunakan untuk pengawasian-bas (bus-mastering) DMA, di mana perkakasan mengambil alih kawalan ke atas bas dan melakukan pemindahan itu.

Penggunaan utama DMA adalah untuk membuat salinan blok memori dari sistem RAM ke/dari daftar penimbal (buffer register) perkakasan. Operasi ini kurang memberikan kesan ketara kepada pemproses, dan pemproses boleh digunakan untuk tugas-tugas yang lain. DMA telah menjadi penting untuk sistem komputer yang berkuasa tinggi. Selain dari itu, DMA penting untuk melakukan persalinan sifar ke perkakasan pemacu alat. Kegunaannya adalah untuk menyelaras paket data, main-semula audio dan penyaluran video (video streaming).